Kemudian setelah beberapa minit menggunakan scumfrog namun masih tiada yang mengena, FKFH mula menggunakan gewang SPRO Junior dan Lunaticz menggunakan lure superior frog. Dengan lebih dari 5 kali cast, akhir nya Lunaticz berjaya menipu si pemangsa lubuk ini yang mulanya disangka dalak.
Setelah mendaratkan ikan tersebut, rupa-rupanya yang mengena tadi itu merupakan seekor Bujuk aka Channa Lucius aka Badus. Sambaran nya memang best siap dengan aksi akrobatik yang mana buat pertama kalinya dilihat oleh Lunaticz. Tambah FKFH, ini merupakan buat pertama kalinya bujuk telah berjaya dinaikan di lubuk ini kerana selama ini kami tidak tahu akan kewujudan bujuk di lubuk ini. Tidak lama kemudian lure SPRO Junior F|oAt KiNg FlyIN HiGh telah tenggelam dengan sekali sentapan, tetapi nasib tidak menyebelahi FKFH pada masa itu.
Trip memburu sang dalak ini diakhiri dengan hanya seekor bujuk seberat 800G. Berikut adalah gambar yang telah sempat kami gambar memandangkan cuaca pada hari itu telah mula hujan dan senja.




0 comments:
Post a Comment